Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Skim diskaun kompaun parkir MBM masih berkuat kuasa sejak 2018
  • TEMPATAN

Skim diskaun kompaun parkir MBM masih berkuat kuasa sejak 2018

Utusan Sarawak 7 hours ago
LOGO Majlis Bandaraya Miri (MBM).

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menegaskan bahawa skim diskaun kompaun kesalahan parkir yang dilaksanakan sejak 2018 masih berkuat kuasa dan bukan satu dasar baharu seperti yang disalahfahamkan sesetengah pihak.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata skim tersebut diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai menyelesaikan bayaran kompaun dengan segera serta mengelakkan pengumpulan tunggakan.

“Berkuat kuasa 1 April 2018, MBM telah memberikan diskaun 50 peratus bagi kompaun parkir yang dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan.

“Mulai 1 Mei 2018, satu skim tambahan diperkenalkan dengan kadar bayaran lebih rendah bagi kompaun yang diselesaikan dalam tempoh lima hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengumuman itu dibuat sebagai peringatan kepada orang ramai bahawa skim diskaun berkenaan merupakan inisiatif jangka panjang pihak MBM dan bukannya dasar baharu.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan parkir yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan kompaun.

“Cara terbaik untuk mengelakkan penalti adalah dengan mematuhi peraturan parkir,” katanya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tegas tangani isu salah laku klinik panel SCHB
Next: Hikmah Exchange hab pengangkutan awam ART seperti KL Sentral, siap 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.