Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak salur RM350,000 geran UNIFOR kepada St. Mary’s Mission District Matang
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak salur RM350,000 geran UNIFOR kepada St. Mary’s Mission District Matang

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Fazzrudin Abdul Rahman menyerahkan cek sumbangan kerajaan Sarawak berjumlah RM350,000 di bawah UNIFOR 2025 (Fasa 2) kepada wakil St. Mary’s Mission District Matang pada majlis penyerahan yang diadakan di Kuching, hari ini. Foto Facebook Fazzrudin A Rahman

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan sumbangan berjumlah RM350,000 di bawah Unit Untuk Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi 2025 (Fasa 2) kepada St. Mary’s Mission District Matang dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan pagi tadi.

Menurut ADUN Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memelihara kebajikan semua rumah ibadat serta memastikan keperluan penyelenggaraan dan aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan dengan baik, selesa dan teratur tanpa mengira latar belakang agama.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk terus memupuk keharmonian, persefahaman serta semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan beragama di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak pengurusan gereja sekali gus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: JPJ Stapang tahan kenderaan perdagangan dalam Ops Khas, pelbagai kesalahan dikesan
Next: Wilfred Yap gesa pembaharuan undang-undang segera tangani peningkatan kes penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.