Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Subis
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Subis

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air tidak berjadual dikeluarkan JBALB Sarawak melibatkan beberapa kawasan di Daerah Subis, Miri, hari ini.

MIRI: Beberapa kawasan di Daerah Subis mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini berikutan kerja pembaikan cerun yang dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian runtuhan yang boleh menjejaskan saluran paip utama.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu notis memaklumkan, gangguan bekalan air itu berlaku bermula 9.30 pagi hingga 5.00 petang, hari ini.

Menurut JBALB, gangguan berkenaan melibatkan kawasan Bukit Song, Rumah Embuas, Rumah Sain, Sungai Buri, Sungai Liam, Sungai Entulang, Fairy Park Lambir, Bukit Peninjau, Bukit Kisi, Beluru Fasa 2, SMK Luar Bandar Miri, Rumah Johnson, Rumah Awain, Mutap, Sinop, Sungai Kara (A, B dan C) serta seluruh kawasan Bekenu dan sekitarnya.

“Gangguan ini berpunca daripada pemberian laluan kepada pihak Pan Borneo bagi melaksanakan kerja pembaikan cerun untuk mengelakkan cerun runtuh yang boleh memutuskan bekalan air daripada paip bersaiz 335 milimeter jenis HDPE di kawasan viaduct CH 49+300,” menurut kenyataan itu.

JBALB turut menasihatkan para pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, pihak jabatan akan berusaha memastikan kerja pembaikan dapat diselesaikan dengan segera dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada pusat panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211.

OLeh Shikin Mahmud

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek kampung angkat MADANI bawa sinar Baharu kepada penduduk rumah panjang
Next: JPJ Stapang tahan kenderaan perdagangan dalam Ops Khas, pelbagai kesalahan dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.