Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA APM berusaha mengeluarkan mangsa dan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

LUNDU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di pusingan-U Kampung Serayan Hilir awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lundu dan Sematan, Lt PA Rabuan Zulkeflee berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah Lundu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.29 pagi berhubung kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang mangsa.

“Setibanya anggota kami di lokasi kejadian, mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rawatan awal segera diberikan termasuk imobilisasi menggunakan papan spinal serta pemasangan kolar leher,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bantuan CPR turut diberikan sebelum mangsa dibawa menaiki ambulans ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital bagi rawatan segera. Tiada sebarang insiden melibatkan anggota kami dilaporkan dan semua logistik berada dalam keadaan baik,” katanya.

Operasi menyelamat tersebut melibatkan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dari Skuad MyASPA O 02.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Mangsa ditemui selamat di Sungai Jaie, meninggal dunia 3.00 petang ini
Next: Pemandu maut kereta terbabas rempuh besi penghadang jalan di Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.