Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia raih emas pertama kabaddi di Sukan SEA
  • SUKAN

Malaysia raih emas pertama kabaddi di Sukan SEA

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR FAIL…Aksi pemain Kabaddi Malaysia ketika menentang Singapura dalam kategori Gaya Standard di Sukan SEA 2025 pada 13 Disember lalu. Foto Facebook Persatuan Kabaddi Malaysia

BANGKOK: Malaysia mencipta sejarah apabila merangkul pingat emas pertama dalam sukan kabaddi pada Sukan SEA, selepas pasukan lelaki negara menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir acara 3 Bintang di Universiti Teknologi Rajamangala Rattanakosin di sini, malam ini.

Kejayaan itu hadir selepas pasukan lelaki Malaysia menguasai perlawanan untuk menundukkan Thailand 28-16, sekali gus memastikan negara meraih emas pertama kabaddi pada Sukan SEA ke-33, yang mana sukan itu dipertandingkan buat julung kalinya dalam sejarah temasya berkenaan.

Sementara itu, pasukan wanita Malaysia tewas tipis 22-23 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir emas 3 Bintang dan terpaksa akur membawa pulang pingat perak.

Acara kabaddi 3 Bintang merupakan format pendek bagi pertandingan berpasukan yang direka untuk lebih pantas dan intensif berbanding format kabaddi biasa.

Dalam acara ini, setiap pasukan menurunkan tiga pemain di atas gelanggang berbanding tujuh pemain seperti lazimnya, selain menggunakan kawasan permainan yang lebih kecil. Perlawanan juga biasanya lebih singkat, sekali gus menekankan kepantasan, ketangkasan, kemahiran individu serta kepantasan membuat keputusan.

Bagi rekod, skuad kabaddi negara menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada temasya kali ini.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Harimau Muda raih gangsa, akhiri kemarau pingat lapan tahun
Next: Jelajah Dunia BWF: Wei Chong-Kai Wun hidupkan peluang slot separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.