Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 235 warga Indonesia dihantar pulang melalui ICQS Tebedu–Entikong
  • Utara
  • WILAYAH

235 warga Indonesia dihantar pulang melalui ICQS Tebedu–Entikong

Utusan Sarawak 1 day ago
HANTAR PULANG… Sebahagian daripada 235 warganegara Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu–Entikong semalam. Foto JIM Sarawak

BEKENU: Seramai 235 warganegara Indonesia telah dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu–Entikong semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hantaran di Facebook, operasi pemindahan itu adalah dilaksanakan oleh Depot Imigresen Bekenu pada 16 Disember dari 8.00 malam dan selesai sepenuhnya 11.00 pagi, semalam.

“Warganegara Indonesia yang terdiri daripada 135 lelaki dewasa, 85 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.

“Pemindahan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JIM dalam mengurus pemulangan warga asing ke negara asal secara terancang dan berhemah,” katanya kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, seramai 16 pegawai telah ditugaskan sebagai pasukan iring kawal bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan serta pengurusan logistik berjalan dengan baik sepanjang operasi.

Pasukan ini diketuai oleh TPPK Sawaliah Said dan dibantu oleh TPPI Sunarti Zainal. Keseluruhan operasi dilaksanakan secara teratur, bersepadu dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Kejayaan operasi ini mencerminkan tahap profesionalisme serta komitmen tinggi JIM dalam memastikan pengurusan pemindahan tahanan asing dilaksanakan dengan penuh integriti, mematuhi prosedur ditetapkan dan menghormati aspek kemanusiaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Khatam al-Quran bukan penamat, permulaan membina sahsiah diri
Next: Komitmen GPS pelihara keharmonian agama, bukan sekadar retorik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.