Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan mendap di Lorong Apt 2 runtuh, Michael Kong kecam pihak berkuasa
  • Selatan
  • WILAYAH

Jalan mendap di Lorong Apt 2 runtuh, Michael Kong kecam pihak berkuasa

Utusan Sarawak 16 hours ago

Michael Kong menunjukkan jalan runtuh.

KUCHING: Kejadian runtuhan jalan mendap di Lorong Apt 2 mendapat kecaman daripada Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Michael Kong, yang menyifatkannya sebagai kegagalan pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab.

Michael berkata beliau telah melawat lokasi berkenaan pada 15 Disember lalu dan ketika itu sudah menggesa tindakan segera kerana keadaan jalan amat serius serta menunjukkan kegagalan asas jalan dan struktur tanah.

Namun, katanya, pihak berkuasa hanya menabur batu hancur di kawasan mendap tanpa penilaian teknikal menyeluruh, sekali gus menambah beban ke atas asas yang lemah.

“Tindakan ini tidak munasabah dan tidak selari dengan prinsip teknikal. Jalan yang mendap adalah petunjuk jelas kepada kelemahan tanah dan kegagalan struktur. Menambah beban hanya akan memburukkan keadaan,” ujarnya.

Seperti dijangka, jalan tersebut runtuh dalam tempoh setengah hari selepas tindakan itu diambil.

Michael menambah, pihak berkuasa sudah mengetahui masalah tersebut sejak November tetapi tiada tindakan segera diambil sehingga menyebabkan runtuhan penuh dan kos pembaikan meningkat.

“Kegagalan bertindak awal menjadikan masalah yang boleh dikawal bertukar menjadi lebih serius. Ini adalah contoh tadbir urus reaktif yang perlu dihentikan,” katanya.

Beliau menegaskan keselamatan penduduk kini terancam dan dana awam terpaksa menanggung kos lebih besar akibat kelewatan tindakan.

Michael menggesa pihak berkuasa menghentikan langkah sementara dan segera melaksanakan penilaian teknikal menyeluruh serta pembaikan kekal tanpa berlengah.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar SK St Alban Sungai Tapang dihargai, sekolah capai pendigitalan penuh
Next: IPD Betong santuni pesara polis dan waris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.