Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Unit Silver Ridge peroleh kontrak bekalkan komputer riba kepada guru di Sarawak
  • NASIONAL

Unit Silver Ridge peroleh kontrak bekalkan komputer riba kepada guru di Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
LOGO Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge).

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge), Silver Ridge Sdn Bhd (SRSB) memperoleh kontrak bernilai RM42.88 juta daripada Kementerian Pendidikan bagi membekalkan komputer riba kepada guru-guru di Sarawak.

Penyedia penyelesaian telekomunikasi generasi masa hadapan itu berkata SRSB menerima surat setuju terima bertarikh 16 Disember, 2025 daripada kementerian itu bagi membekalkan komputer riba secara sewa untuk beli kepada guru-guru di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di Zon 2 (Sarawak) dalam tempoh 64 bulan.

Silver Ridge dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak ini akan dilaksanakan dari 1 Jan, 2026 hingga 30 April, 2031 dengan tempoh awal empat bulan untuk bekalan, pemasangan, ujian dan pengoperasian diikuti dengan baki 60 bulan untuk tempoh sewaan.

Ia menambah kontrak tersebut termasuk dalam bidang perniagaan yang biasa bagi kumpulan berkenaan.

Mengenai impak kewangan, Silver Ridge berkata kontrak tersebut tidak akan memberi kesan material terhadap modal saham terbitan dan modal berbayar, aset bersih setiap saham atau nisbah tahap kadar hutangnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

“Kecuali jika sebarang keadaan yang tidak dijangka, lembaga pengarah berpendapat kontrak tender ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 18 hingga 24 Disember
Next: Pindaan Akta Imigresen wajibkan penyerahan maklumat penumpang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.