Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Sea: Malaysia ungguli kriket, emas kedua menerusi T10 lelaki
  • SUKAN

Sukan Sea: Malaysia ungguli kriket, emas kedua menerusi T10 lelaki

Utusan Sarawak 7 hours ago
SKUAD kriket lelaki mempunyai misi belum selesai. Foto Persatuan Kriket Malaysia

BANGKOK: Pasukan kriket Malaysia meneruskan rentak cemerlang apabila menambah satu lagi pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menjuarai acara T10 lelaki di sini hari ini.

Masih segar dengan kejayaan merangkul emas acara T20 lelaki Sabtu lepas, skuad Malaysia menambah satu lagi kejuaraan selepas mengungguli saingan liga sepusingan yang dilengkapkan dengan kemenangan tujuh wiket ke atas Indonesia dalam perlawanan terakhir di Padang Kriket TerdThai.

Malaysia yang memilih membuat balingan terlebih dahulu berjaya menyekat Indonesia kepada 61 larian dalam 10 over sebelum selesa memburu sasaran itu dengan 65 larian dalam 8.0 over bagi mengesahkan pingat emas.

Skuad negara menduduki tangga teratas kedudukan dengan rekod sempurna empat kemenangan daripada empat perlawanan untuk mengumpul lapan mata, sekali gus menebus kekecewaan apabila sekadar meraih pingat perak pada edisi sebelumnya di Phnom Penh, Kemboja.

Pasukan kebangsaan membuka kempen T10 pada temasya kali ini dengan kemenangan empat wiket ke atas Filipina, diikuti kemenangan meyakinkan ke atas Singapura (lapan wiket) dan tuan rumah Thailand dengan sembilan wiket.

Sementara itu, pengurus pasukan Vijayalingam Vythilingam gembira kerana skuad lelaki kebangsaan berjaya mencapai sasaran dua pingat emas pada temasya dwitahunan ini.

“Kunci kejayaan kerana mereka beraksi secara konsisten sebagai satu pasukan.

“Ini adalah usaha menyeluruh dan itulah yang mendorong mereka meraih dua pingat emas ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, Bangkok dan Chonburi. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Debut hasilkan pingat perak, tetap Istimewa – Ariana
Next: Sukan SEA 2025: Muhammad Izzul sah pertahan emas selepas tiga jam menunggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.