Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat rumah terjejas dalam kebakaran di Kampung Murud Plaman, Serian
  • KEBAKARAN

Empat rumah terjejas dalam kebakaran di Kampung Murud Plaman, Serian

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan susulan kebakaran yang membabitkan empat rumah separuh kekal di Kampung Murud Plaman, Serian, hari ini. Foto Bomba

SERIAN: Empat rumah separuh kekal terjejas dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Murud Plaman di sini pagi tadi, namun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.59 pagi.

Susulan menerima laporan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan Balai Bomba dan Penyelamat Siburan segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serian, PPgB Christoper Adrian Winces, dengan kehadiran pegawai kanan termasuk TPgB II Melvin Amok selaku Pegawai Operasi Zon serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, PPgB Mohamad Imran Mohamad Sabri.

Menurut pihak bomba, tiga rumah mengalami kemusnahan teruk dengan tahap kebakaran dianggarkan sekitar 90 peratus. Rumah pertama yang berkeluasan sekitar 30×50 kaki persegi musnah hampir sepenuhnya, manakala rumah kedua dan ketiga masing-masing berkeluasan 40×50 kaki persegi turut mengalami tahap kerosakan yang sama.

KEADAAN rumah penduduk selepas kebakaran di Kampung Murud Plaman, Serian. Foto Adele Rissa 

Sebuah lagi rumah berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kerosakan akibat asap dianggarkan sekitar lima peratus, melibatkan keluasan sekitar 60×60 kaki persegi.

Kerja pemadaman dan pemeriksaan dijalankan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya dan kawasan berada dalam keadaan selamat serta terkawal sebelum operasi ditamatkan.

Kebakaran tersebut melibatkan beberapa penghuni dari empat kediaman berkenaan, termasuk lelaki dan wanita dewasa, warga emas, kanak-kanak serta seorang bayi. Bagaimanapun, kesemua penghuni dilaporkan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Kebakaran tingkat atas restoran di Marudi, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.