Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 120 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Delhi, akibat jarak penglihatan terhad
  • GLOBAL

Lebih 120 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Delhi, akibat jarak penglihatan terhad

Utusan Sarawak 6 hours ago

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 126 penerbangan dibatalkan pada Selasa apabila jarak penglihatan terhad terus menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, ibu negara India, untuk hari kedua berturut-turut, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Seorang pegawai Delhi International Airport Limited berkata sebanyak 49 penerbangan berlepas dan 77 penerbangan tiba dibatalkan di lapangan terbang itu berikutan kabus tebal dan jarak penglihatan yang terhad pada waktu pagi.

Sementara itu, Lapangan Terbang Delhi turut mengeluarkan nasihat kabus pada awal pagi Selasa, memberi amaran kepada penumpang mengenai kemungkinan kelewatan dan gangguan perjalanan.

Menurut laporan media, ratusan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan pada Isnin apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Ribuan jejak dinosaur berusia 210 juta tahun ditemukan di Itali
Next: Bekas doktor terima hukuman berhubung kematian bintang “Friends”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.