Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Harimau Muda gagal ke final, fokus beralih kepada gangsa
  • SUKAN

Sukan SEA: Harimau Muda gagal ke final, fokus beralih kepada gangsa

Utusan Sarawak 22 hours ago
PEMAIN Malaysia Mohd Haizon Muhammad Haykal Danish diasak pertahanan pasukan tuan rumah Thailand pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. Foto Bernama

BANGKOK: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan gagal menempah tempat dalam final bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 selepas tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Rajamangala, di sini malam ini.

Thailand membuka jaringan awal pada minit kelapan apabila sepakan percuma Yotsakon Burapha dari luar kotak penalti tepat ke bucu kiri gawang, menewaskan penjaga gol negara Sharani Zulhilmi.

KETUA Pasukan Malaysia Shamsul Fazili Muhammad Ubaidullah beraksi menentang pasukan tuan rumah Thailand pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. Thailand mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Foto Bernama

Malaysia cuba bangkit dengan beberapa percubaan termasuk tandukan kencang Danish Hakimi Sahaludin pada minit ke-13, tetapi berjaya ditampan penjaga gol Thailand Phosaman Sorawat. 

Cabaran skuad Harimau Muda bertambah getir apabila pertahanan kanan Muhammad Aiman Yusuf Muhammad Nabil diarah keluar padang pada minit ke-16 selepas menerima kad kuning kedua, meninggalkan pasukan beraksi dengan 10 pemain sepanjang baki perlawanan.

PEMAIN Malaysia Rosli Muhammad Haqimi Azim diasak pemain pasukan tuan rumah Thailand pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. Thailand mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Foto Bernama

Beberapa percubaan lain gagal diterjemahkan kepada jaringan termasuk sepakan percuma Muhammad Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-29 dan percubaan solo Muhamad Faris Danish Mohd Asrul (minit ke-33). 

Bersambung pada babak kedua, anak buah Mohd Nafuzi Zain menggandakan intensiti permainan dan berjaya mengancam kubu lawan menerusi percubaan Muhammad Haykal Danish pada minit ke-48 dan Muhammad Haqimi Azim Rosli (minit ke-62). 

PEMAIN Malaysia Muhammad Nabil Muhammad Aiman Yusuf diasak keras pemain pasukan tuan rumah pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. Thailand mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Foto Bernama

Thailand hampir menggandakan jaringan pada minit ke-70 melalui sepakan leret Yotsakon Burapha dan rembatan deras Thanakrit Chotmuangpak pada minit ke-76, memaksa Sharani bekerja keras di gawang.

Pada penghujung permainan, skuad negara hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-90 apabila percubaan pemain gantian Haiqal Hashim Rohisham sedikit tersasar ke kanan gawang sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

PEMAIN Malaysia Muhammad Nabil Muhammad Aiman Yusuf (dua, kanan) dilayangkan kad kuning ketika menentang pasukan tuan rumah pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Rajamangala hari ini. Nabil kemudiannya dilayangkan Kad Merah selepas mengasari pemain Thailand. Thailand mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. Foto Bernama

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan dengan Filipina dalam perlawanan penentuan gangsa di sini, Khamis ini.

Filipina tewas 0-2 kepada Vietnam dalam satu lagi aksi separuh akhir pada sebelah petang.

Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan semasa edisi 2023 di Kemboja selepas tewas dalam perlawanan penentuan pingat gangsa dalam edisi 2021 di Hanoi.

Kali terakhir skuad kebangsaan menamatkan saingan di podium adalah apabila mereka memenangi pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Andre tamat penantian 22 tahun negara, sambar emas lompat jauh
Next: Liek Hou dinobat Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.