Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPP laksana kerja pembinaan semula paip pembetungan di Taman Tian Ling
  • TEMPATAN

MPP laksana kerja pembinaan semula paip pembetungan di Taman Tian Ling

Utusan Sarawak 9 hours ago
MPP… Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai menyaksikan penyerahan projek kepada kontraktor yang dilantik di tapak, menandakan permulaan rasmi kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di kawasan MPP.

KUCHING: Pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan melaksanakan kerja pembinaan semula paip pembetungan sedia ada yang telah uzur di Lorong Tian Ling 1 dan Lorong Tian Ling 3, Taman Tian Ling.

Pengerusi MPP, Kaunselor Tan Kai berkata projek tersebut bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem pembetungan serta mengurangkan risiko kegagalan infrastruktur di kawasan berkenaan.

“Kerja pembinaan semula ini penting bagi memastikan sistem pembetungan berfungsi dengan lebih berkesan, mengelakkan kerosakan pada masa hadapan serta menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat kepada penduduk sekitar,” katanya.

MPP… Pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan melaksanakan kerja pembinaan semula paip pembetungan sedia ada yang telah uzur di Lorong Tian Ling 1 dan Lorong Tian Ling 3, Taman Tian Ling.

Beliau berkata kerja-kerja berkenaan dijadualkan mengambil masa sekitar tiga bulan bermula 10 Disember lepas dan dijangka siap pada 9 Mac 2026.

Tan turut menasihatkan orang ramai agar memberi perhatian terhadap pelaksanaan kerja tersebut dan mematuhi semua arahan keselamatan yang ditetapkan.

“Kami menghargai kesabaran, kerjasama dan kefahaman semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kebajikan dipelihara, pembangunan Sarawak dipacu bersama
Next: Sokongan padu rakyat pacu pemerkasaan ekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.