Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kebajikan dipelihara, pembangunan Sarawak dipacu bersama
  • TEMPATAN

Kebajikan dipelihara, pembangunan Sarawak dipacu bersama

Utusan Sarawak 9 hours ago
SANTUNI RAKYAT…Awang Tengah menyampaikan sumbangan bantuan Bakul Kasih Wanita PBB Cawangan Bukit Sari.

LAWAS: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa aspek kebajikan rakyat tidak pernah dipinggirkan dalam usaha agresif membangunkan negeri ini.

Malahan, pelbagai inisiatif telah dibawa kepada rakyat di semua peringkat umur dan latar belakang di seluruh pelusuk wilayah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perjuangan kerajaan negeri yang diterajui Parti Gabungan Sarawak (GPS) sentiasa berteras kepada keutamaan untuk Sarawak dan rakyatnya.

“Apa yang menggembirakan kita ialah penglibatan parti kita PBB dan begitu juga dengan persatuan serta NGO lain yang turut membantu. Ini menunjukkan bahawa kita mahu sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Program Bakul Kasih dan Jelajah Wanita Zon Merapok/Ulu Merapok anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, di sini, petang semalam.

WANITA AKTIF…Sebahagian jentera Wanita PBB Cawangan Bukit Sari yang sepanjang tahun menyantuni rakyat dengan khidmat bantuan.

Awang Tengah yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menjelaskan program ini telah mula dijalankan sejak awal tahun dengan bermula di Kampung Awat-Awat dan berakhir di Ulu Merapok.

Sepanjang jelajah Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, keusahawanan, sukaneka, kraftangan dan keagamaan. Program sepanjang tahun ini menjadi pendekatan Wanita PBB mendekati rakyat serta mendengar denyut nadi mereka.

Segala input daripada akar umbi turut dibawa untuk diangkat kepada kepimpinan di peringkat cawangan dan negeri bagi tindakan susulan.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas merangkap Ketua PBB Cawangan Ba’kelalan, Pengerusi Pengelola yang juga Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, Aujiana Najian Garip, serta semua ahli jawatankuasa induk PBB Cawangan Bukit Sari dan Ba’kelalan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perpaduan majmuk Sarawak terus dipertahankan, ekstremis ditolak
Next: MPP laksana kerja pembinaan semula paip pembetungan di Taman Tian Ling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.