
MARUDI: Sebuah sarang lebah madu bersaiz kira-kira dua kaki berjaya dimusnahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi dari Skuad Delta dalam operasi malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehadiran serangga di atas pokok berhampiran rumah pengadu di Kampung Cina, di sini.
Sebaik menerima maklumat, pasukan APM yang diketuai Sjn (PA) Siti Naquiah Abdullah bersama empat anggota lain bergegas ke lokasi sejauh kira-kira dua kilometer pada 7.40 malam.
Sarang berkenaan berjaya dimusnahkan dengan kaedah pembakaran serta semburan ridset. Operasi selesai pada 8.55 malam sebelum anggota kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).