Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • JDT juarai Piala FA 2025, Johor isytihar esok cuti peristiwa
  • SUKAN

JDT juarai Piala FA 2025, Johor isytihar esok cuti peristiwa

Utusan Sarawak 1 day ago
PIALA FA… Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025 dengan menewaskan Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir, malam ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025 dengan menewaskan Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir, malam ini.

Menerusi kenyataan yang di Facebook beliau, Onn Hafiz berkata pengisytiharan itu dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sebagai meraikan kejayaan gemilang pasukan tersebut yang terus mengekalkan dominasi dalam arena bola sepak tanah air.

“Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada esok akan diteruskan seperti biasa bagi memastikan persiapan calon serta kelancaran tugasan semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

“Kejayaan menjuarai Piala FA 2025 sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa utama bola sepak negara, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan,” katanya.

PIALA FA… Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025 dengan menewaskan Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir, malam ini. Foto Bernama

Beliau berkata kerajaan negeri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepimpinan, iltizam serta usaha berterusan baginda dalam memartabatkan bola sepak Johor hingga JDT terus melakar kejayaan, termasuk di peringkat antarabangsa.

“Penghargaan ini turut dizahirkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada  JDT, dengan harapan kejayaan ini menjadi dorongan berterusan untuk pasukan terus mengekalkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama Johor di pentas dunia,” katanya.

Terdahulu, dalam aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, JDT menewaskan Sabah FC 5-0, sekali gus menjadi pasukan pertama merangkul trofi Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited bangunkan ekosistem sukan berbasikal menyeluruh
Next: Tiga perkara penting aksi hujung minggu Liga Perdana Inggeris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.