Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kasihnya Warisan julang gelaran Maharaja Sungai di Regata Lingga 2025 
  • Tengah
  • WILAYAH

Kasihnya Warisan julang gelaran Maharaja Sungai di Regata Lingga 2025 

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN Kasihnya Warisan dari Mukah muncul juara dalam acara ‘Battle Of Titan’ sempena Regata Lingga 2025, menobatkan diri mereka sebagai Maharaja Sungai dalam perebutan juara antara juara di Sungai Lingga, petang tadi. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Pasukan Kasihnya Warisan dari Mukah muncul juara dalam acara ‘Battle Of Titan’ sempena Regata Lingga 2025, menobatkan diri mereka sebagai Maharaja Sungai dalam perebutan juara antara juara di Sungai Lingga, petang tadi.

Dengan kejayaan itu, pasukan Kasihnya Warisan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta piala kejuaraan.

Menurut kedudukan rasmi, pasukan Todak Berjaya berada di tempat kedua manakala Puteri Bunian Walinongsari menduduki tempat ketiga. Sementara itu, Cahaya Intan dan Burung Garuda masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam acara lain yang turut menjadi tumpuan, gelaran ‘Raja Sungai’ Regata Lingga 2025 disandang oleh pasukan Khazanah Kasihnya Warisan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala kejuaraan.

Pasukan Todak Berjaya muncul sebagai naib juara, diikuti oleh Landas Cahaya Helang Tasik di tempat ketiga, BDA Intan Terpilih di tempat keempat, dan Sri Datai SP28 Burung Garuda di tempat kelima.

Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi,  serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Majlis Krismas satukan masyarakat berbilang agama di Sibu
Next: Pencapaian MBKS 2025 diraikan pada Makan Malam Tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.