Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Nur Syafiqah bawa pulang emas pencak silat tunggal puteri
  • SUKAN

Sukan SEA: Nur Syafiqah bawa pulang emas pencak silat tunggal puteri

Utusan Sarawak 1 day ago
PESILAT negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini.

BANGKOK: Pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini.

Syafiqah dinobatkan juara selepas mengumpul 9.960 mata pada perlawanan akhir yang berlangsung di Impact Arena, Muang Thong Thani, menewaskan pesilat Brunei, Nur Wasiqah Aziemah Rosihan yang meraih 9.920 mata.

“Sejujurnya, perasaan ini sangat istimewa sebab ini emas pertama saya di Sukan SEA. Saya memang sudah lama impikan detik ini, bila akhirnya jadi kenyataan, rasa sangat bersyukur dan terharu.

“Tentang persembahan keseluruhan, saya berpuas hati. Saya berjaya kawal emosi, kekalkan fokus dan buat yang terbaik di gelanggang. Kemenangan ini bagi saya bukan penamat, tetapi satu langkah permulaan untuk cabaran yang lebih besar selepas ini,” katanya selepas dihubungi.

Kejayaan berkenaan menamatkan penantian panjang Malaysia dalam acara tunggal puteri, dengan kali terakhir dimenangi Suzy Sulaiman pada edisi Sukan SEA 2005 di Filipina.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Pearly hampir menangis ketika Negaraku berkumandang, Thinaah lega selepas rangkul emas
Next: Sukan SEA: Badminton gagal capai sasaran empat emas, Rexy sedia letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.