Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang futsal berbumbung, RTP pacu aktiviti komuniti Rumah Panjang Ikom
  • WILAYAH

Gelanggang futsal berbumbung, RTP pacu aktiviti komuniti Rumah Panjang Ikom

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa Majlis Perasmian Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka anjuran bersama Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan dan Qasa Ilham, yang berlangsung di Padang Bola Sepak Rumah Ikom Senyawan, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Rumah Panjang Ikom, Senyawan kini memiliki gelanggang futsal berbumbung hasil peruntukan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), sekali gus menjadi pemangkin kepada pengukuhan aktiviti sukan dan kemasyarakatan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pembinaan kemudahan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan infrastruktur asas yang memberi manfaat langsung kepada komuniti luar bandar, khususnya golongan belia.

Menurut beliau, gelanggang futsal berbumbung berkenaan bukan sahaja menjadi medan untuk aktiviti sukan, malah berfungsi sebagai ruang pelbagai guna bagi menjalankan program kemasyarakatan, sosial dan pembangunan belia.

“Alhamdulillah, kemudahan ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk Rumah Panjang Ikom serta kawasan sekitar, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh hubungan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka anjuran bersama Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan dan Qasa Ilham, yang berlangsung di Padang Bola Sepak Rumah Ikom Senyawan, hari ini.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa Majlis Perasmian Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka anjuran bersama Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan dan Qasa Ilham, yang berlangsung di Padang Bola Sepak Rumah Ikom Senyawan, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Sementara itu, pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini menyaksikan penyertaan 24 pasukan bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Biro Sukan Rumah Ikom Senyawan dan Qasa Ilham atas kejayaan menganjurkan pertandingan berkenaan yang berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan hebat dari pelbagai kawasan.

Beliau menjelaskan, pemilihan pasukan dibuat berdasarkan sistem pendaftaran terawal memandangkan sebanyak 34 pasukan telah mendaftar untuk menyertai kejohanan tersebut.

Menurutnya, penganjuran aktiviti sihat seperti ini mampu memberi ruang kepada belia untuk menonjolkan bakat, di samping memastikan mereka sentiasa aktif dan terhindar daripada pengaruh negatif.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ramlan Busman selaku penaja utama pertandingan, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad; Ketua Pergerakan Sayap Belia PBB Kalaka, Azizan Jamain; Tuai Rumah Amban; Tuai Rumah Dom Brues; Tuai Rumah Lawat serta tetamu jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat di Kampung Gahat Mawang, dua rumah dinaiki air
Next: Regata Lingga berpotensi jadi temasya ikonik Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.