Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM171,000 Geran MRP perkasa pendidikan dan komuniti Bukit Begunan
  • Tengah
  • WILAYAH

RM171,000 Geran MRP perkasa pendidikan dan komuniti Bukit Begunan

Utusan Sarawak 24 hours ago
DATUK Mong Dagang pada Majlis Penyerahan Geran MRP kerajaan Sarawak yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat N.31 Bukit Begunan, di sini, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasa pembangunan pendidikan dan komuniti setempat apabila sejumlah RM171,000 Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada sekolah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, berkata penyerahan geran tersebut telah disempurnakan beliau pada Majlis Penyerahan Geran MRP kerajaan Sarawak yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat N.31 Bukit Begunan, di sini, semalam.

Menurut beliau, majlis berkenaan merupakan sesi terakhir penyerahan Geran MRP bagi 2025 dan pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua penerima yang hadir meluangkan masa bagi menjayakan program tersebut.

Sehubungan itu, Mong berharap mana-mana pihak yang masih belum menerima peruntukan agar bersabar kerana permohonan akan terus dipertimbangkan pada tahun hadapan mengikut keperluan dan keutamaan semasa.

Beliau turut menasihatkan agar semua penerima termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), JKKK serta Biro Wanita membelanjakan peruntukan yang diterima secara berhemah, telus dan munasabah demi manfaat bersama masyarakat setempat.

Dalam majlis berkenaan, tiga sekolah menerima Geran MRP iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan yang diwakili Guru Besarnya, Abdul Rahman Bokhari, menerima RM10,000 dan SK Selepong yang diwakili Sigai Kilau menerima RM5,000.

Sementara itu, SK Saint Martin Lachau menerima peruntukan terbesar berjumlah RM90,000 melalui dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi sekolah mubaligh Kristian Sarawak, yang diwakili Guru Besarnya, Sedino Tait.

Selain sektor pendidikan, beberapa kampung di kawasan Bukit Begunan turut menerima peruntukan MRP bagi menyokong pembangunan serta penganjuran aktiviti komuniti di peringkat akar umbi.

Antara penerima ialah Kampung Kara Begunan sebanyak RM7,000, Kampung Empili Baruh RM10,000, Kampung Kubau Ili RM8,000, Kampung Kubau Ulu RM10,000, Kampung Kubau Baru RM3,000, Kampung Sungai Semilang RM11,000, Tembawai Papan Jumbit Melugu RM10,000, Entulang Pra RM3,000 serta RM4,000 kepada penerima individu, Tuai Rumah Dingun.

Turut hadir memeriahkan majlis penyerahan tersebut ialah Penghulu Riji Gu (Dau Atas), Pembantu Khas ADUN Bukit Begunan, Whelton Lumpoi, serta Kedeny Kendawang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Regata Lingga 2025 tawar hadiah RM157,520, ‘Battle Of The Titan’s’ jadi tumpuan utama
Next: Saluran paip bocor punca gangguan air di Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.