Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Latihan intensif berbaloi, trio wusyu wanita negara julang emas Sukan SEA 2025
  • SUKAN

Latihan intensif berbaloi, trio wusyu wanita negara julang emas Sukan SEA 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
ATLET wusyu Sydney Chin Sy Xuan (kiri), Lo Yin Ting (dua dari kiri) dan Mandy Cebelle Chen (kanan) bergambar bersama pingat emas selepas menjuarai acara Duilian (tanpa senjata) Wanita pada Sukan SEA ke-33 Thailand di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana hari ini. Pasukan Malaysia mencatatkan markah 9.633. Foto Bernama

BANGKOK: Trio wusyu wanita negara Lo Ying Ting, Mandy Cebelle Chen dan Sydney Chin Sy Xuan mencipta sensasi pada Sukan SEA 2025 selepas dinobatkan selaku pemenang pingat emas acara Duilian (tanpa senjata) hari ini.

Pada aksi berlangsung di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana di sini, tiga wakil negara itu mempamerkan gerakan formasi yang mantap bagi memukau juri dengan meraih kutipan tertinggi 9.633 mata menewaskan pesaing daripada tiga negara lain.

Pingat perak dimenangi Indonesia apabila meraih 9.620 mata manakala Filipina membawa pulang pingat gangsa dengan kutipan 9.590 mata.

“Kami menjalani latihan bermula Jun lepas bersama-sama, biarpun menjalani tiga sesi latihan intensif sehari. Usaha itu ternyata membuahkan hasil sehingga menghadiahkan pingat emas ini.

“Sangat gembira dengan pencapaian emas pertama buat sukan wusyu pada temasya kali ini,” kata Mandy ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, trio negara Si Shin Peng, Bryan Ti Kai Jie dan Clement Ting terlepas peluang untuk menaiki podium dalam acara Dulilian (bersenjata) pada hari pertama pertandingan wusyu.

Ketiga-tiga atlet berkenaan mempamerkan aksi terbaik dalam usaha mengumpul mata tertinggi, namun hanya meraih 9.716 mata, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Pingat emas dimenangi wakil tuan rumah Thailand, diikuti Indonesia yang meraih perak manakala Brunei membawa pulang pingat gangsa.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah hanya selangkah tuai emas
Next: Sukan SEA 2025: Jonah sambar emas, cipta rekod baharu temasya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.