Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tegas seimbangkan ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam industri kuari
  • TEMPATAN

Sarawak tegas seimbangkan ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam industri kuari

Utusan Sarawak 12 hours ago
KERJASAMA MAYA… Awang Tengah bersama Abdullah Julaihi dan Ketua Pegawai Eksekutif Centexs, Dato Syed Mohd Hussein bin Wan Abdul Rahman, melakukan gimik persefahaman kerjasama dengan University of British Columbia, Kanada.

LAWAS: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen untuk mengekalkan keseimbangan antara ekonomi, masyarakat dan alam sekitar dalam pembangunan industri kuari serta sektor berkaitan.

Pendekatan ini sejajar dengan usaha negeri menyumbang kepada kelestarian alam sekitar ketika dunia berdepan krisis iklim yang semakin meruncing.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kerajaan negeri melaksanakan peraturan dan undang-undang ketat bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

“Melalui projek ini, kerajaan akan menilai keberkesanan teknologi dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida, meningkatkan pengurusan air dan sisa industri, serta menentukan bentuk sokongan dan insentif bagi syarikat yang bersedia beralih kepada industri hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Akademi Perlombongan dan Pengkuarian Hijau di sebuah hotel terkemuka di sini, petang tadi.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL… Awang Tengah menyaksikan Abdullah Julaihi menyerahkan cek sumbangan kepada Setiausaha JKKK Kampung Gelapas Trusan.

Awang Tengah turut memaklumkan bahawa pada 2024, kerajaan negeri telah menjalankan lawatan teknikal ke Kanada untuk mempelajari amalan terbaik industri mineral dan pengkuarian, yang menekankan kerjasama erat antara kerajaan dan industri dengan fokus tinggi terhadap kelestarian.

Selain itu, Sarawak akan memulakan pendigitalan industri mineral dan pengkuarian bagi meningkatkan ketelusan permohonan lesen serta laporan pemain industri.

Teknologi ini dijangka menyediakan pangkalan data bersepadu termasuk sumber mineral dan pemetaan geologi, sekali gus memperkukuh perkongsian maklumat dengan pemegang taruh, pelabur dan memudahkan pemantauan prestasi industri.

Kerjasama dengan Centexs turut dilihat sebagai langkah penting dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Melalui inisiatif ini, Centexs akan menumpukan kepada pembangunan bakat termasuk penubuhan Akademi Perlombongan dan Pengkuarian Hijau, dengan kerjasama pertama kali bersama University of British Columbia (UBC), Kanada, bagi melatih tenaga kerja mengikut standard global.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’kelalan, Baru Bian, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Sri Abdullah Julaihi, serta kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS terima Anugerah PBT Mesra OKU menerusi AUSOME PARK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.