Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Hoki 5s lelaki negara tuai emas pertama
  • SUKAN

Sukan SEA: Hoki 5s lelaki negara tuai emas pertama

Utusan Sarawak 13 hours ago
EMAS pertama Malaysia di Sukan SEA 2025, Skuad hoki 5s lelaki menjuarai final selepas menundukkan Indonesia 7-3 di Bangkok.

BANGKOK: Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara menghadiahkan emas pertama kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2025 selepas menumpaskan Indonesia 7-3 dalam aksi final di Stadium Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) di sini hari ini.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah baharu buat Malaysia apabila acara hoki 5s dipertandingkan buat julung kalinya pada temasya dwitahunan tersebut.

Malaysia memulakan perlawanan dengan penuh bertenaga, mendahului 3-0 pada babak pertama hasil jaringan Mohamad Akhimullah Anuar Esook (minit ke-7), Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee (8”) dan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran pada minit ke-14.

Pada separuh masa kedua, skuad negara terus mengukuhkan penguasaan dengan empat lagi jaringan.

Mohamad Akhimullah menambah dua gol pada minit ke-17 dan 29, manakala Muhammad Abid menyumbang gol keduanya pada minit ke-22 sebelum Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini melengkapkan kemenangan besar itu pada minit terakhir permainan.

Indonesia pula sekadar memperoleh tiga gol menerusi Mochamad Fathur pada minit ke-19 serta dua jaringan pantas Alfandy Prastyo pada minit ke-24.

Ketua jurulatih negara Wan Roslan Wan Abdul Rahmanmelahirkan rasa bangga terhadap semangat juang pemain yang berjaya menghadiahkan emas pertama kepada negara.

“Alhamdulillah, amat berbangga kerana hoki 5s berjaya menyumbang pingat emas dan kami juga melakar sejarah kerana acara ini dipertandingkan buat pertama kali di Sukan SEA. Tujuh pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia banyak membantu membimbing rakan-rakan baharu,” katanya selepas tamat perlawanan.

Malaysia sebelum ini menamatkan saingan pusingan liga sepsuingan (round robin) dengan rekod cemerlang — menewaskan Indonesia 4-2, membelasah Filipina 18-0, mengatasi Thailand 9-1 — sebelum menumpaskan Filipina 9-1 pada separuh akhir pagi tadi.

Sementara itu, hasrat skuad wanita negara untuk mengikut jejak langkah skuad lelaki tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada Thailand 1-7 dalam perlawanan akhir sekali gus meraih pingat perak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Messi dinobat MVP MLS untuk musim kedua berturut-turut
Next: PESTASA disaran perbanyak kejohanan bagi melahirkan bakat muda di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.