Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Sea 2025: Ibu bakar semangat Ken Haw raih gangsa
  • SUKAN

Sukan Sea 2025: Ibu bakar semangat Ken Haw raih gangsa

Utusan Sarawak 5 hours ago
AKSI atlet taekwondo negara Chin Ken Haw.

BANGKOK: Kehadiran ibu ternyata cukup bermakna sebagai pencetus semangat kepada atlet taekwondo negara Chin Ken Haw yang menjadi penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara di Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih pingat gangsa poomsae gaya bebas individu lelaki dengan mengumpul 7.740 mata, pada saingan yang berlangsung di Fashion Island Shopping Mall di sini.

Pingat emas menjadi milik wakil Filipina Justin Kobe Macario yang mengutip 8.200 mata manakala wakil tuan rumah Atchariya Koedkaw meraih 8.100 mata untuk perak.

Menurut Ken Haw, ibunya Chin Li yang sanggup terbang ke Bangkok untuk melihat beliau beraksi, merupakan tulang belakang sejak dirinya menceburi sukan taekwondo pada usia lapan tahun, dan kehadiran hari ini benar-benar menguatkan semangatnya di temasya dwitahunan itu.

“Sokongan ibu memang antara faktor utama saya berjaya menyumbang pingat pertama untuk Malaysia. Sejak kecil hingga sekarang, ibulah yang sentiasa ada di belakang saya.

“Ibu sentiasa menjadi pendorong saya, memastikan saya hadir latihan dan mempunyai segala keperluan untuk bertanding,” katanya kepada Bernama.

Walaupun bukan kilauan emas, atlet kelahiran Selangor itu tetap berpuas hati dengan prestasi pada penampilan keduanya di Sukan SEA, sambil menyifatkannya sebagai prestasi terbaik selepas mengharungi tempoh setahun yang mencabar.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama beraksi dalam kategori gaya bebas di Sukan SEA kerana sebelum ini pernah menyumbang perak acara individu poomsae recognised pada edisi lepas di Kemboja.

Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Slot elak ulas lanjut isu Salah selepas kemenangan lewat ke atas Inter Milan
Next: Messi dinobat MVP MLS untuk musim kedua berturut-turut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.