Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan NGO terima geran MRP untuk perkasa program komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Lapan NGO terima geran MRP untuk perkasa program komuniti

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH… Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan geran MRP kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

SARIKEI: Usaha memperkasa komuniti diteruskan apabila sebanyak lapan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada semalam.

Hadir bagi menyerahkan geran tersebut ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, pemberian geran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menyokong pelbagai aktiviti komuniti dan program berimpak yang dijalankan NGO di kawasan Meradong.

“Hari ini, saya telah menyerahkan geran MRP kepada beberapa penerima bagi menyokong pelbagai aktiviti dan program komuniti di kawasan Meradong. 

“Sebanyak lapan cek telah diserahkan bagi memenuhi keperluan NGO,” katanya ketika ditemui media di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua NGO yang menerima geran MRP atas komitmen mereka dalam memajukan masyarakat setempat melalui pelbagai program sosial, kebudayaan, pendidikan, kemudahan komuniti dan aktiviti kesukarelawanan.

“Terima kasih kepada semua NGO yang terlibat atas komitmen. Semoga geran MRP ini memberi manfaat serta terus memperkasa usaha pembangunan komuniti kita,” katanya.

Tambahnya, sokongan berterusan terhadap NGO adalah penting bagi memastikan pembangunan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan secara efektif dan inklusif.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei pantau Sungai Nyelong, trend air surut direkodkan
Next: ADUN Tellian sokong cadangan Sekolah Rendah Khas di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.