Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops Bersama tingkat kerjasama penguatkuasaan dan kesedaran awam
  • TEMPATAN

Ops Bersama tingkat kerjasama penguatkuasaan dan kesedaran awam

Utusan Sarawak 15 hours ago

‘Ops Bersama’ anjuran JAS Negeri Sarawak yang berlangsung di Stesen Penguatkuasa JPJ Cawangan Serian, semalam. Foto: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

SERIAN: Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menyertai pelaksanaan ‘Ops Bersama’ anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak yang berlangsung di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian, semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, penglibatan itu mencerminkan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam memperkukuh kerjasama antara jabatan kerajaan serta meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan masyarakat.

Operasi bersepadu itu disertai enam agensi iaitu JAS Negeri Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Serian, JPJ Cawangan Serian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Serian dan JIM.

Menurut kenyataan itu, inisiatif tersebut juga merupakan sebahagian daripada kempen Hari Ozon Sedunia peringkat kebangsaan bagi menyebarkan mesej mengenai kepentingan pemeliharaan kualiti udara serta perlindungan lapisan ozon kepada masyarakat umum.

Selain memperkukuh pendidikan awam, operasi tersebut turut memberi tumpuan terhadap aspek pematuhan undang-undang oleh pengguna jalan raya dan pemilik kenderaan bermotor.

Sepanjang pemeriksaan dijalankan, JIM memeriksa seramai 15 individu terdiri daripada orang awam dan warga asing bagi memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan serta kediaman yang sah.

Pelaksanaan ‘Ops Bersama’ itu jelas menunjukkan usaha berterusan pelbagai agensi dalam meningkatkan keselamatan, kesejahteraan serta kesedaran masyarakat, selain mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak lancar Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Krismas 2025
Next: Banjir Perak semakin pulih, Sarawak catat peningkatan mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.