Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis: Remaja 19 tahun antara tiga suspek positif dadah ditahan polis
  • JENAYAH

Ops Tapis: Remaja 19 tahun antara tiga suspek positif dadah ditahan polis

Utusan Sarawak 6 hours ago

DITANGKAP....Tiga suspek ditangkap oleh pihak polis di sebuah kampung, di Bintangor malam tadi. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Tiga individu termasuk seorang remaja lelaki ditahan polis dalam Ops Tapis di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan tersebut dilakukan kira-kira 8.40 malam, melibatkan sepasukan anggota polis petugas khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di sebuah kampung di kawasan Bintangor.

“Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun dan dua wanita masing-masing berumur 28 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

“Ketiga-tiga suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Meradong untuk dibuat saringan ujian air kencing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, saringan ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek tersebut mendapati air kencing mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine..

“Semakan rekod jenayah lampau ketiga-tiga suspek mendapati mereka tiada rekod.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Operasi Ops Tapis ini akan berterusan dan saya menyeru supaya masyarakat bekerjasama dengan pihak polis serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat dan aduan boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Wanita ditahan kes penipuan pelaburan RM249,800 di Saratok
Next: IPD Kuching jalankan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.