Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Vietnam, Malaysia kerjasama selamatkan kru kapal dalam kecemasan di perairan Malaysia
  • SEMASA

Vietnam, Malaysia kerjasama selamatkan kru kapal dalam kecemasan di perairan Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA melibatkan 13 rakyat Vietnam dan masing-masing seorang rakyat India serta Bangladesh, berusia antara 21 hingga 54 tahun berjaya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, baru-baru ini. Foto Maritim Terengganu

HANOI: Unit mencari dan menyelamat maritim Vietnam dan Malaysia telah bekerjasama untuk menyelamatkan kapal kargo asing yang mengalami kecemasan di perairan Malaysia, sekali gus menyelamatkan kesemua 15 kru di atas kapal, lapor Agensi Berita VietnamĀ (VNA).

Ini merupakan kali kedua tahun ini Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam (Vietnam MRCC) bekerjasama dengan Malaysia MRCC dalam melaksanakan operasi seumpama itu di perairan Malaysia.

Dalam insiden terbaharu, kapal kargo KAYO yang berdaftar di St. Kitts dan Nevis serta membawa muatan tanah liat sedang dalam pelayaran dari Pelabuhan Lumut Malaysia ke Hon Gai di wilayah Quang Ninh, Vietnam.

Kapal itu membawa 15 kru, terdiri daripada 13 warga Vietnam, seorang warga India dan seorang warga Bangladesh.

Pada malam 5 Disember, ketika kapal itu berada kira-kira 65 batu nautika di timur pantai Malaysia, KAYO senget 15 darjah ke kanan dan menjadi tidak stabil.

Kapten kapal segera menghantar isyarat kecemasan meminta bantuan segera. Semasa kejadian, kawasan berkenaan mengalami angin timur laut pada Skala 4 hingga 5 dan ombak setinggi 1 hingga 2 meter.

Selepas menerima isyarat mayday, Vietnam MRCC telah menghubungi Malaysia MRCC dan memohon bantuan segera bagi memastikan keselamatan kru KAYO.

Malaysia MRCC bertindak pantas dengan menghantar kapal Pengawal Pantai KM SEBATIK, yang segera tiba di lokasi, menyelamatkan semua kru dan mengiringi kapal yang dalam kecemasan itu ke kawasan berlabuh berdekatan Pelabuhan Kemaman, Malaysia. Semua anak kapal selamat dan berada dalam keadaan stabil.

Pada 11 Januari, kedua-dua pihak turut bekerjasama menyelamatkan 18 kru warga Vietnam dari kapal Dolphin 18 yang berdaftar di Vietnam selepas kapal itu mengalami insiden di perairan Malaysia.

-Bernama 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemier Sarawak tiba di Bangkok sempena WDCE 2025
Next: Persidangan Belanjawan Sarawak 2026, tumpu dasar fiskal dan keutamaan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.