Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri peluang kepada kontraktor tempatan
  • TEMPATAN

Beri peluang kepada kontraktor tempatan

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Presiden Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak, Datuk Rahman Lariwoo (duduk, tengah) pada sidang Media Khas Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak di Wisma Bapa Malaysia Kuching, semalam.

KUCHING: Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) berhasrat memperjuangkan hak kontraktor Sarawak supaya dianugerahkan projek terus daripada Petronas.

Presidennya, Datuk Rahman Lariwoo menegaskan hasrat SPECA itu mendapat sokongan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“SPECA akan bersuara mewakili kontraktor di negeri ini dan berharap tidak berlaku monopoli kontraktor dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan oleh Petronas melaksanakan projek di Sarawak,” katanya.
Rahman berkata demikian pada sidang media khas selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Mengakui kontraktor Sarawak memiliki kredibiliti dan kemampuan setanding dengan kontraktor di negeri lain, Rahman berharap Petronas menyerahkan 100 peratus projek pembangunan industri minyak dan gas kepada kontraktor di negeri ini.

“Saya yakin semua ahli (kontraktor) Sarawak ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing dan khidmatnya memenuhi piawaian Petronas,” ujarnya.

Namun tidak diberi peluang untuk melaksanakan projek dalam industri merupakan kekurangan, kata Rahman yang sekali gus menyebabkan kontrakotr Sarawak tidak berjaya menempa nama dan berjaya.

Sementara itu, Rahman berkata pihaknya turut bercadang mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas bagi mengkengahkan hasrat berkenaan.

“Kami mahu bertemu dengan Boss Besar Petronas untuk mereka memberi kami peluang,” ujarnya dan menambah, sekiranya tidak berjaya, SPECA akan menjemput pihak Petronas pada majlis pelancaran persatuan itu kelak.

Rahman memberitahu lagi SPECA mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 19 Ogos lalu.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Sambung pengajian di UiTM
Next: UiTM berkonvoi rekrut pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.