
REMUK… Kenderaan mangsa remuk dan mangsa disahkan meninggal ditempat kejadian dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
LAWAS: Penyelia tapak projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) maut dalam kemalangan di tapak projek.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan mengesahkan telah menerima laporan kejadian pada lewat petang semalam.
“Pihak Polis telah menerima maklumat kejadian kemalangan yang melibatkan kematian di tapak projek SSLR di Kpg Peruan, Jalan Long Tuma Lawas.
“Sepasukan polis telah bergerak ke tempat kejadian dan mendapati kejadian kemalangan berlaku apabila sebuah jentera berat telah tumbang dan menimpa sebuah kereta dimana mangsa masih dalam kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Pakan Julau dan bekerja sebagai penyelia di tapak projek.
Siasatan awal polis mendapati mangsa berada seorang diri dalam kereta dipercayai berlindung daripada hujan dan tiba-tiba sebuah jentera berat yang berada tidak jauh dari kereta mangsa tumbang dan menimpa kereta mangsa menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lawas untuk bedah siasat. Kes diklasifiklkasi mati mengejut (SDR). Pihak Polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat kejadian untuk memaklumkan segera kepada pihak polis berdekatan.
Oleh Adeng Edrus