Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia akan beli sehingga 200 helikopter untuk pertahanan, kesiapsiagaan bencana alam 
  • GLOBAL

Indonesia akan beli sehingga 200 helikopter untuk pertahanan, kesiapsiagaan bencana alam 

Utusan Sarawak 19 hours ago

Presiden Prabowo Subianto. Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengumumkan rancangan untuk memperoleh sehingga 200 helikopter tahun depan bagi memperkukuh posisi pertahanan negara dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA).

Beliau berkata risiko bencana di Indonesia adalah tinggi berikutan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik, merujuk kepada respons kecemasan yang sedang berlangsung terhadap banjir dan tanah runtuh di Sumatera.

“Kami baharu sahaja menerima lima helikopter baharu minggu ini, dan bilangannya akan terus meningkat. Saya telah mengarahkan para pembantu saya untuk memperoleh 200 helikopter bermula Januari tahun depan,” kata Prabowo semasa acara ulang tahun ke-61 Parti Golkar di Jakarta pada Jumaat.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada penduduk yang terjejas akibat bencana itu dan berkata Indonesia kekal sebagai negara yang tabah serta mampu mengatasi krisis melalui tindakan bersama dan mobilisasi pantas.

Prabowo memberi jaminan bahawa kerajaan bertindak segera untuk memberi respons, termasuk menggerakkan 50 helikopter bagi menghantar bantuan serta menyokong operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas.

Beliau mempertahankan rancangan perolehan itu dengan berkata Indonesia perlu memperkukuh keupayaan bukan sahaja untuk menangkis ancaman ketenteraan, tetapi juga untuk bertindak balas secara berkesan sebagai negara yang terdedah kepada bencana.

Menjawab kritikan terhadap pembelian pertahanan berskala besar, beliau berkata para pemimpin negara mesti menjangka keperluan pada masa depan bagi memastikan negara bersedia menghadapi senario terburuk.

“Kita tidak mampu untuk tergesa-gesa mencari helikopter tambahan apabila bencana atau perang sudah berlaku,” katanya.

Prabowo turut menegaskan komitmen kerajaan untuk menggerakkan semua sumber yang ada, termasuk pesawat pengangkut tentera, bagi memastikan respons bencana yang pantas di seluruh negara.– BERNAMA-ANTARA

Continue Reading

Previous: IMF pertimbang perohonan bantuan kecemasan AS$200 juta Sri Lanka selepas bencana siklon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.