Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sebauh mula dibuka, hadiah Krismas buat penduduk Bintulu 
  • Utara
  • WILAYAH

Jambatan Sebauh mula dibuka, hadiah Krismas buat penduduk Bintulu 

Utusan Sarawak 10 hours ago
JAMBATAN Sebauh. Foto: JKR Sarawak

SEBAUH: Rakyat Sebauh bakal menerima hadiah Krismas awal tahun ini apabila Jambatan Sebauh di Batang Kemena sepanjang 728.56 meter secara rasmi dibuka untuk kegunaan orang ramai selepas Majlis Pra Pelancaran hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang merasmikan majlis berkata jambatan itu bukan sekadar struktur fizikal, tetapi sebuah projek yang menghubungkan pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan kesejahteraan rakyat.

“Selepas pra pelancaran hari ini, jambatan ini sudah boleh digunakan. Kita daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menunaikan janji agar jalan ini dapat dimanfaatkan sebelum Krismas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan turut memuji pencapaian projek yang mendahului jadual hampir sebulan, menjadikannya satu kejayaan penting bagi Sarawak.

Jambatan baharu ini dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Sebauh, membuka peluang perdagangan, memudahkan perniagaan, serta menyediakan perjalanan yang lebih selamat dan efisien bagi komuniti setempat.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas merasmikan majlis pra pelancaran Jambatan Sebauh di Batang Kemena di Bintulu hari ini. Foto: JKR Sarawak

Selain itu, ia bakal menggantikan perkhidmatan feri sedia ada, sekali gus menjimatkan masa perjalanan harian penduduk ke pekan Sebauh dan kawasan sekitar.

Projek ini sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memperkukuh infrastruktur luar bandar, memastikan kemudahan asas seperti jalan raya dan jambatan dapat dinikmati oleh semua rakyat, tidak kira lokasi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa tanggungjawab pihak berkuasa dalam kes penipuan BSN libatkan kerugian RM11 juta
Next: Projek PPRMS Bekenu disesuaikan mengikut keperluan setiap rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.