Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Harmoni dan gaya hidup sihat warnai Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM)
  • TEMPATAN

Harmoni dan gaya hidup sihat warnai Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM)

Utusan Sarawak 3 hours ago
CERIA… Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (kanan) dan Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo (dua, kanan), merakam gambar kenangan di salah satu gerai di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) hari ini.

KUCHING: Pekarangan tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi ini kembali meriah apabila Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) dibuka, menampilkan deretan gerai dengan hasil segar, aroma herba semula jadi, dan pengunjung yang tidak putus-putus hadir.

Menampilkan pelbagai produk organik serta keluaran tempatan, pasar tani itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir seawal pagi untuk membeli-belah sambil menyokong gaya hidup sihat dan mesra alam.

TERBAIK… Dato Wee Hong Seng dan Ivy Ngo merakam gambar kenangan bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM), hari ini.

Menjelang Krismas, kebanyakan gerai turut dihias dengan dekorasi bertema perayaan termasuk pokok Krismas mini, reben merah dan lampu berkelip yang mewujudkan suasana ceria serta penuh warna-warni.

Pengunjung juga kelihatan mengambil peluang merakam gambar kenangan bersama hiasan tersebut sambil menikmati makanan ringan dan minuman herba yang dijual di beberapa gerai.

HARMONI… Zaleha menghiasi gerainya dengan dekorasi bertema perayaan Krismas yang mewujudkan suasana ceria serta penuh warna-warni. 

Selain peniaga yang menghias gerai masing-masing, pengunjung turut tidak ketinggalan menyertai kemeriahan dengan menambah dekorasi Krismas pada gerai kegemaran mereka.

Ada yang membawa hiasan kecil, gantungan berkilau dan dekorasi Krismas, sekali gus menjadikan suasana lebih mesra, kreatif dan penuh semangat perayaan.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, suasana di pasar itu jelas memperlihatkan keharmonian yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Sarawak. 

SARINA@REINA menghias gerainya dengan dekorasi Krismas memperlihatkan keharmonian yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat Sarawak.

Pengunjung dan peniaga saling membantu, bergurau mesra dan menikmati kemeriahan perayaan bersama, menzahirkan budaya saling hormat serta toleransi yang menjadi tunjang perpaduan di negeri ini.

Antara fakta yang mencerminkan keharmonian pelbagai kaum di Sarawak ialah budaya kunjung-mengunjung pada musim perayaan seperti Gawai, Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina (TBC) tanpa mengira latar belakang, serta perniagaan dan pasar komuniti yang lazimnya diusahakan bersama oleh keluarga pelbagai etnik.

ANTARA produk jualan organik dan sihat yang terdapat di Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM).

Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) bukan sekadar lokasi membeli-belah, tetapi platform komuniti yang menggabungkan pertanian mampan, kesedaran kesihatan dan semangat perpaduan.

Kemeriahan yang ditonjolkan pada hujung minggu itu sekali lagi membuktikan bahawa gaya hidup sihat dan keharmonian masyarakat boleh diraikan dalam satu ruang yang sama, penuh warna dan mesra alam.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SEDC lakar pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas – Pengerusi
Next: Wanita buta dibawa ke Rumah Seri Kenangan, Nancy umumkan tindakan susulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.