Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat diramal landa empat negeri, Labuan hingga 1.00 tengah hari ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat diramal landa empat negeri, Labuan hingga 1.00 tengah hari ini

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan Labuan sehingga 1.00 tengah hari ini.

Menurut kenyataan pada 8.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak (Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong) serta Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu). 

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM lancar SPINE, perkukuh integriti dan governans sektor awam
Next: Mohd Na’im puji AirAsia, dasar kru kabin berhijab langkah progresif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.