Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Netflix ambil alih studio Hollywood Warner Bros dengan nilai AS$82.7 bilion
  • GLOBAL

Netflix ambil alih studio Hollywood Warner Bros dengan nilai AS$82.7 bilion

Utusan Sarawak 2 hours ago

LOS ANGELES: Gergasi penstriman Netflix mengambil alih studio Hollywood ternama Warner Bros susulan pemisahan unit perniagaan Discovery Global milik Warner pada nilai hampir AS$82.7 bilion, umum Netflix pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perjanjian itu merangkumi studio filem dan televisyen Warner Bros, HBO Max dan HBO, menurut kedua-dua syarikat.

“Misi kami sentiasa untuk menghiburkan dunia,” kata ketua pegawai eksekutif bersama Netflix, Ted Sarandos dalam satu kenyataan.

“Dengan menggabungkan koleksi rancangan dan filem Warner Bros yang luar biasa – daripada karya klasik seperti ‘Casablanca’ dan ‘Citizen Kane’ hingga kegemaran moden seperti ‘Harry Potter’ dan ‘Friends’ – bersama judul ikonik kami seperti ‘Stranger Things’, ‘KPop Demon Hunters’ dan ‘Squid Game’, kami dapat melakukannya dengan lebih baik.

“Bersama-sama, kami boleh memberi penonton lebih banyak pilihan yang mereka gemari dan membantu membentuk abad seterusnya dalam dunia penceritaan,” kata Sarandos.-Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Waktu lawatan ke Rawdah untuk lelaki, wanita ditetapkan demi kelancaran
Next: Gempa besar diramal landa Tokyo, dianggar berupaya ragut 18,000 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.