Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat di kawasan luar bandar disaran lakukan saringan kesihatan sekali setahun 
  • Tengah
  • WILAYAH

Masyarakat di kawasan luar bandar disaran lakukan saringan kesihatan sekali setahun 

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROGRAM Hari Kesihatan Komuniti yang berlangsung di perkarangan Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Masyarakat di kawasan luar bandar disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dan pelbagai penyakit kronik lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan berkala perlu dipupuk sejak usia remaja sebagai langkah pencegahan awal.

“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM), semakin banyak penyakit yang dahulunya hanya dihidapi golongan berusia kini turut menyerang golongan muda.

“Dahulu penyakit ini hanya dialami orang tua, tetapi sekarang orang muda pun mendapat ketumbuhan, barah dan kanser,” katanya pada Program Hari Kesihatan Komuniti di Kampung Kaba, hari ini.

Mohamad Duri turut menekankan keperluan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk aktiviti kecergasan, pemakanan seimbang, pengurusan stres yang bijak, tidak merokok serta menjaga kebersihan persekitaran.

“Kebersihan persekitaran perlu diberi perhatian serius kerana banyak penyakit berbahaya seperti demam denggi dan leptospirosis boleh merebak dengan cepat apabila kawasan sekitar tidak terurus,” ujarnya.

Program tersebut dihadiri Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka, bersama Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kalaka, Harjam Jemain.

Menurut Ketua Kaum Kampung Hulu Kaba, Ahmad Sharmizzuan, program sehari itu diadakan di perkarangan Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba dan menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan buah pinggang, ujian tekanan darah, ujian gula dalam darah, indeks jisim badan (BMI) serta kaunseling individu.

Bagi memeriahkan program, turut diadakan pertandingan memasak tanpa api, selain penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti kesihatan.

Gapor Ahmad dan Harjam Jemain turut mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan kesihatan bersama penduduk, sebagai usaha menunjukkan contoh kepentingan menjaga kesihatan secara berterusan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wanita ditemui meninggal dunia di Samarahan
Next: MAF’25 angkat seni etnik, janjikan sambutan tahun baharu paling meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.