Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah sedia gegar Sukan SEA Thailand
  • SUKAN

Pearly-Thinaah sedia gegar Sukan SEA Thailand

Utusan Sarawak 2 hours ago
Pearly–Thinaah berlatih giat menjelang penampilan sulung di Sukan SEA 2025.

KUALA LUMPUR:  Pemain beregu wanita negara M Thinaah mengakui bersama pasangannya Pearly Tan, mereka teruja untuk membuat penampilan pertama pada Sukan SEA  2025 di Thailand yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.

Thinaah berkata beliau akan cuba untuk memberikan aksi yang terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia di temasya dwi tahunan itu.

“Kami sangat teruja kerana akhirnya dapat bertanding di Sukan SEA. Setiap mata dikira, setiap perlawanan adalah penting dan kami telah bersedia untuk beri yang terbaik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Selain Pearly-Thinaah, pasukan negara turut akan diwakili pasangan ranking ke-22 dunia Teoh Mei Xing-Go Pei Kee dalam acara beregu wanita dan berpasukan.

Kali terakhir Malaysia memenangi acara beregu wanita di Sukan SEA ialah pada 2015 menerusi Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, manakala acara berpasukan wanita pada 2009.- Bernama

Continue Reading

Previous: Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025, galak gaya hidup sihat, perkukuh komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.