Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025, galak gaya hidup sihat, perkukuh komuniti
  • SUKAN

Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025, galak gaya hidup sihat, perkukuh komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAM KENANGAN… Nazari Bujang (empat kiri), Ezamshah Abdul Rahman (tiga kiri) dan Abang Nawawi Bolhassan (tiga kanan) bergambar bersama yang lain selepas sidang media, semalam.

KUCHING: Program Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025dianjurkan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, memperkenalkan jambatan sebagai mercu tanda baharu, mengeratkan hubungan komuniti, serta menyokong inisiatif kerajaan negeri menjadikan kawasan ini sebagai destinasi rekreasi dan tarikan pelancong.

Menurut Pengarah Urusan Eventribe, Ezamshah Abdul Rahman, penganjuran larian ini tercetus daripada inspirasi melihat potensi Jambatan Datuk Amar Juma’ani sebagai lokasi rekreasi yang selamat dan sesuai dijadikan ruang sosial baharu bagi penduduk setempat.

SIDANG MEDIA… Nazari Bujang bercakap pada sidang media Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025 semalam.

“Jambatan ini bukan hanya berfungsi sebagai penghubung, tetapi mampu menjadi mercu tanda aktiviti komuniti. Sebagai penduduk yang tinggal berdekatan dan berpengalaman dalam penganjuran acara, kami melihat keperluan untuk memanfaatkan jambatan ini sebagai pusat aktiviti riadah,” katanya pada sidang media Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025 di sini semalam.

Program julung kali dianjurkan Eventribe dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) menerima sambutan amat menggalakkan apabila sebanyak 623 penyertaan direkodkan sebaik pendaftaran dibuka.

Program ini menawarkan dua kategori larian, iaitu 5 kilometer dengan 470 peserta dan 3 kilometermelibatkan 153 peserta. Pendaftaran telah ditutup pada 20 November 2025.

SLAID PENERANGAN… Abang Nawawi Bolhassan menerangkan laluan Larian Jambatan Datuk Amar Juma’ani 2025.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua persiapan program telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu sesi raptai bagi memastikan kelancaran acara.

Larian kategori 5km akan dilepaskan pada 7.00 pagi, diikuti kategori 3km pada 7.15 pagi, yang akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam pada itu, penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai bagi kategori lelaki dan wanita 5km, dengan johan menerima RM500, naib johan RM300, tempat ketiga RM200, tempat keempat RM150, tempat kelima RM100, manakala tempat keenam hingga kesepuluh membawa pulang RM50. Peserta di tempat ke-11 hingga ke-450 turut menerima medal.

LALUAN larian bagi kategori 5km.

Bagi memeriahkan lagi acara, cabutan bertuah turut disediakan untuk para peserta. Sebahagian daripada hadiah cebutan bertuah ditaja oleh Ace Astra Production.

Ezamshah turut merakamkan penghargaan kepada MTCP, PDRM, RELA, DBKU, Pejabat Residen Kuching, Bulan Sabit Merah Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penganjuran larian ini.

LALUAN larian bagi kategori 3km.

Sementara itu Moderator Acara, Abang Nawawi Bolhassan berkata, bagi kategori 3 km, larian bermula di Jambatan Datuk Amar Juma’ani dan melalui laluan sepanjang Jalan Patinggi Ali, Jalan Matang, Jalan Parit Lama, Jalan Laruh serta Jalan Dagok sebelum kembali ke garisan penamat.

“Larian bagi kategori 5km bermula di Jambatan Datuk Amar Juma’ani akan melalui laluan utama yang merentasi Kampung No.1, Kampung Patingan, dan Kampung No.6, menawarkan pengalaman larian yang menarik melalui suasana kampung,” katanya.

Abang Nawawi menggesa peserta supaya datang lebih awal ke tapak lebih awal bagi mengelak kesesakan walaupun acara bermula 6.00 pagi.

“Bagi kedudukan kereta peserta, kami mencadangkan tempat letak kereta di kawasan Laila Inn dan Jalan Haji Taha,” katanya.

Turut hadir Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Nazari Bujang.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: United terlepas peluang, cuma seri menentang West Ham
Next: Pearly-Thinaah sedia gegar Sukan SEA Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.