Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Isu teknikal jejaskan operasi syarikat penerbangan India
  • GLOBAL

Isu teknikal jejaskan operasi syarikat penerbangan India

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENUMPANG terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi susulan gangguan teknologi melibatkan syarikat penerbangan IndiGo.

NEW DELHI: Beberapa penerbangan syarikat penerbangan India, IndiGo, terjejas teruk akibat masalah teknologi dan operasi, sekali gus menyebabkan kelewatan serta pembatalan, menurut sumber rasmi pada Rabu, lapor Xinhua.

Keadaan kelam-kabut turut dilaporkan di lapangan terbang antarabangsa di Hyderabad, di selatan negara itu apabila penumpang terkandas selama beberapa jam. Begitu juga, banyak penerbangan milik syarikat berkenaan sama ada lewat atau dibatalkan di Lapangan Terbang Bengaluru di negeri selatan Karnataka.

Berikutan kelewatan dan pembatalan penerbangan itu, syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan berkata pasukannya sedang berusaha keras untuk menormalkan operasi secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad berkata beberapa penerbangan IndiGo di lapangan terbang berkenaan terjejas akibat masalah teknologi dan operasi yang berpunca daripada syarikat itu, menyebabkan pelbagai kelewatan dan pembatalan.- Bernama–Xinhua

Continue Reading

Previous: Angka korban kebakaran cecah 159 orang, polis siasat punca
Next: Jet pejuang F-16C terhempas di California ketika misi latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.