PRIMOZ Roglic mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Tour de France dengan Daniel Martinez meraih kemenangan pertama peringkat perlumbaan untuk pasukan Amerika Syarikat (AS), Education First selepas mengharungi cabaran pendakian di gunung.
Juara bertahan, Egan Bernal ketinggalan 37 saat di belakang dua persaing utamanya, gandingan Slovenia, Roglic dan Tadej Pogacar selepas mengharungi peringkat perlumbaan ke-13 sejauh 191.5 kilometer (km) merentasi rantaian gunung berapi Cantal.
Martinez menerima cabaran sengit untuk memenangi peringkat perlumbaan itu selepas diekori rapat dua pelumba Bora, Maximilian Schachmann dan Lennard Kamna untuk ke garisan kemenangan pada
ketinggian 1,589 meter.
Bagaimanapun pelumba Colombia itu berjaya mengerah tenaganya untuk melintasi garisan penamat selaku pemenang.
“Saya berjaya bertahan dan memenangi perlumbaan ini dengan pecutan di saat akhir,” katanya.
Martinez juga pernah memenangi aksi pemanas badan Tour de France, Criterium du Dauphine bulan lalu serta peringkat perlumbaan antara Paris-Nice.
“Saya beraksi dengan baik di kesemua perlumbaan itu tetapi memenangi peringkat perlumbaan di Tour de France adalah satu tahap yang amat berbeza,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.
Sementara itu Roglic kini selesa dengan kelebihan 44 saat mendahului Pogacar manakala Bernal jatuh di kedudukan ketiga ketinggalan 59 saat dalam perebutan jersi kuning.
“Ia hari yang cemerlang untuk Slovenia. Kami berdua berjaya mengatasi beberapa pelumba Colombia.
“Terdapat profesional yang hebat di Slovenia dalam semua jenis sukan, ini adalah negara yang sukar dan kita semua saling mendorong.
“Apapun saingan ini belum berakhir. Cabaran daripada Bernal juga belum berakhir tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan soal itu,” kata Roglic.
“Ketika saya melihat pendakian terakhir itu, saya fikir ini akan menyakitkan’. Oleh itu, saya gembira semuanya berjalan lancar.”
Juara bertahan, Bernal, kini dilihat di bawah tekanan yang teruk dari Roglic, yang mempunyai pasukan pendakian yang kuat di sekelilingnya.
Pengarah pasukan Ineos Bernal, Benjamin Rasch, berkata pelumba berusia 23 tahun itu bertambah baik setiap hari.
“Kami akan melakukan yang lebih baik pada tahap yang sangat sukar,” kata Rasch.”Tentu saja dia ingin memenangi lawatan itu,” kata Rasch.
Pogacar, dua tahun lebih muda dari Bernal, juga memperoleh jersi putih bawah 25 tahun terbaik susulan cabaran pendakian di Puy Mary.
“Saya mendapat masa untuk semua orang kecuali Roglic di bukit terakhir dan ya kami berdua orang Slovenia tetapi kami bukan kawan sepanjang kilometer terakhir itu,” kata Pogacar.-AFP