

PEMERIKSAAN……JPJ melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Harian di sekitar Pekan Kapit, semalam. Foto JPJ Sarawak
KAPIT: Pelbagai kesalahan teknikal termasuk tiada lesen memandu, gagal memakai topi keledar dan membawa muatan secara berbahaya dikesan dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Harian yang dijalankan di sekitar Pekan Kapit, semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, sebanyak 124 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut.


PEMERIKSAAN……JPJ melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Harian di sekitar Pekan Kapit, semalam. Foto JPJ Sarawak
“Pemeriksaan itu bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap optimum,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu, operasi tersebut diketuai oleh Ketua Unit Operasi JPJ Cawangan Kapit, Hatta Busrah bersama lima anggota.
JPJ Sarawak ingin menegaskan bahawa aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan dan setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.