Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Lawas tangkap suspek curi kurang 24 jam, tiga lagi ditahan kes dadah
  • JENAYAH

Polis Lawas tangkap suspek curi kurang 24 jam, tiga lagi ditahan kes dadah

Utusan Sarawak 3 hours ago
Suspek-suspek yang ditahan di Lawas bersama sebahagian barangan curi. Foto IPD Lawas

LAWAS: Seorang lelaki ditahan polis kurang daripada 24 jam selepas dipercayai mencuri barang jualan di pasar Tamu Lawas, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan pada 11.30 malam dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Banting, Lawas.

Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh mangsa pada 12.10 tengah hari selepas mendapati tempat jualannya berselerak dan beberapa barang hilang dengan anggaran kerugian RM2,700.

Suspek-suspek yang ditahan di Lawas bersama sebahagian barangan curi. Foto IPD Lawas

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis melancarkan operasi mengesan suspek dan berjaya menahannya. Beberapa barang yang disyaki dicuri turut dirampas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam operasi berasingan, tiga lelaki berusia 50, 33 dan 39 tahun ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di Jalan Trusan Lawas dan sekitar bandar Lawas.

Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan lanjut mendapati suspek berusia 50 dan 33 tahun mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, manakala suspek berusia 39 tahun mempunyai dua rekod kesalahan dadah.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan susulan insiden simbah cat di Miri
Next: JPJ Sarawak periksa 124 kenderaan dalam Ops Gempur di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.