Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PMR 2025: Lima rumah panjang di Meradong terima bantuan bahan binaan
  • Tengah
  • WILAYAH

PMR 2025: Lima rumah panjang di Meradong terima bantuan bahan binaan

Utusan Sarawak 2 hours ago
SAKSI…..Wong Soon Mee (empat kanan) selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan bantuan bahan binaan. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Lima rumah panjang di Meradong telah menerima bantuan bahan binaan di bawah Program Mesra Rakyat (PMR) 2025.

Bantuan tersebut disalurkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Hadir selaku wakil beliau untuk menyaksikan penyerahan bantuan ialah Wong Soon Mee dan turut disertai oleh pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO), Nina Azirina.

Penerima bantuan adalah Rumah Ujang Brinau di Sungai Baron (12 pintu), Rumah Bala Gawan di Ulu Minan (39 pintu), Rumah Sap (25 pintu), Rumah Imah Tuah di Sungai Setubah (sembilan pintu) dan Rumah Buan Nyambar (17 pintu).

Menurut Huang, bantuan tersebut bertujuan untuk memudahkan penduduk melakukan kerja baik pulih, selain meningkatkan keselamatan dan keselesaan persekitaran kediaman mereka.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan masyarakat luar bandar menerima sokongan yang sewajarnya, khususnya dari segi kemudahan tempat tinggal yang selamat dan selesa.

“Program pembangunan berorientasikan rakyat akan diteruskan secara konsisten agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi atau latar belakang ekonomi.

“Ia akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat, seiring usaha kerajaan mempercepat pembangunan luar bandar” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dana MRP perkasa aktiviti pendidikan, sosial dan komuniti
Next: APM Skuad Bravo musnahkan sarang tebuan di SK Pengrah Entri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.