Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo mula operasi Januari 2026, pacu peluang pekerjaan dan industri aeroangkasa
  • SEMASA

AirBorneo mula operasi Januari 2026, pacu peluang pekerjaan dan industri aeroangkasa

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini. Foto Adele Rissa 

PETRA JAYA: Sarawak bersiap membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan merangsang pembangunan industri aeroangkasa tempatan dengan pelancaran AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri yang dijangka memulakan operasi penuh pada Januari 2026.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pengambilalihan MASwings dijangka diselesaikan pada 31 Disember 2025 susulan Perjanjian Pembelian Saham yang ditandatangani pada 12 Februari 2025.

“Mulai Januari, kita akan menggunakan identiti AirBorneo sepenuhnya. Dalam tempoh enam bulan, semua pesawat akan diwarnakan semula dengan hiasan luaran dan logo baharu,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan kementerian pada persidangan DUN ke-19 di sini hari ini.

Menurut beliau, semua kakitangan MASwings akan diserap masuk ke AirBorneo bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan tanpa gangguan, termasuk Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Lee berkata sebaik pemilikan diserahkan, AirBorneo akan memohon variasi Lesen Operasi Udara (AOL) serta mematuhi syarat baharu daripada pihak kawal selia, termasuk keperluan kru, pesawat dan piawaian antarabangsa di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Beliau menjelaskan AirBorneo kini sedang menilai pilihan pesawat berdasarkan aspek teknikal, kewangan dan keperluan kru agar memenuhi standard operasi profesional.

Dalam jangka panjang, penubuhan AirBorneo bukan sekadar syarikat penerbangan tetapi pemangkin kepada industri aeroangkasa membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi seperti jurutera pesawat, mekanik, kru kabin dan juruterbang. 

Peluang latihan juga akan disediakan, dan diharap sektor pembuatan komponen pesawat akan tertarik membuka kilang di negeri ini.

“AirBorneo akan menjadi asas kepada pembangunan industri aeroangkasa di Sarawak. 

“Kita mahu wujudkan rantaian nilai baharu, dari penyelenggaraan, latihan, hingga kemungkinan pembuatan komponen. Ini selaras dengan sasaran negeri mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2030,” tambahnya.

Mengenai struktur harga tiket, beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh lembaga pengarah AirBorneo berdasarkan struktur pasaran semasa dan kos operasi.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: KUTS fasa pertama capai 33.51 peratus, projek kekal ikut jadual
Next: DUN: Sarawak kukuh keselamatan penerbangan melalui SASP, peraturan zon dron baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.