Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Shafie Apdal berdepan empat lawan
  • NASIONAL

Shafie Apdal berdepan empat lawan

Utusan Sarawak 5 years ago

SEMPORNA, 12 Sept -- Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kanan) berdepan pertandingan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini selepas diumumkan pada proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna hari ini. Antara pencabarnya ialah calon Perikatan Nasional dari Parti Pribumi Bersatu Norazman Utoh Nain (tengah), Mohammad Ramzan Abdul Wahab (dua, kiri) dari USNO, Madjalis Lais (kiri) dari Parti Cinta Sabah dan Ahmad Datu Ali Alam (kanan) dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

LIMA PENJURU… Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kanan) berdepan pertandingan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini selepas diumumkan pada proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna semalam.

SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempertahan  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Senallang pada  Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN)  kali ini berdepan  empat lawan, termasuk anak buahnya sendiri.

Ini  berbeza sama sekali dengan  situasi semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  yang menyaksikan  pertembungan satu lawan satu bagi merebut  kerusi DUN berkenaan  antara Mohd Shafie dengan sepupunya  Datuk Seri Nasir Tun Sakaran,  calon Barisan Nasional (BN).

Kali ini Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu  berdepan calon Perikatan Nasional  (PN) Norazman  Utoh Nain,  yang juga  anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)    Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan  Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah). 

Senarai  calon yang bertanding  diumumkan  Pegawai  Pengurus  Pilihan  Raya Benedict Asmat  pada kira-kira 11.10 pagi  selepas proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna ditutup.

Terdahulu, Mohd Shafie menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.18 pagi.

Sementara itu, DUN Bugaya  menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara penyandang Manis  Muka  Mohd Darah (Warisan Plus) dengan calon USNO, Parti Cinta Sabah  (PCS), Perikatan Nasional (PN), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)  serta dua calon bebas. 

USNO  diwakili Ahmad Kenajaan, PCS oleh Jihek Basanu, Taraji Jamdi mewakili  PPRS, Mohd Daud Tampokong mewakili  PN dan  dua calon  Bebas  iaitu Rasidan Abd  Latiff akan menggunakan simbol kunci  manakala Abdul Jan Muammil  @ Abdul Jim menggunakan simbol ikan. 

Timbalan Ketua Menteri Sabah  Datuk Dr Jaujan Sambakong, yang juga Naib Presiden Parti Warisan,  pula berdepan  saingan tiga penjuru dengan  Alahuddin Mohd Sarah dari USNO dan Abdul Manan Indanan (BN) bagi  mempertahan  kerusi DUN Sulabayan. 

Jumlah pemilih  berdaftar di DUN Senallang adalah sebanyak 14,336 orang, DUN Bugaya (20,267) dan DUN Sulabayan  (14,012).

Pengumuman calon bagi DUN Bugaya dibuat  Pegawai  Pengurus  Pilihan  Raya Linna Hassin manakala  bagi DUN Sulabayan  oleh Johan Okasi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lim Guan Eng mengaku tak salah
Next: 183 ditahan berhibur di Bukit Bintang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.