Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: DLP diperluas ke sekolah menengah di Sarawak mulai tahun depan
  • PENDIDIKAN

DUN: DLP diperluas ke sekolah menengah di Sarawak mulai tahun depan

Utusan Sarawak 5 hours ago

Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

KUCHING: Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak akan diperluas ke sekolah menengah mulai 2026, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata dengan pelaksanaan itu, semua pelajar Tingkatan 1 akan memasuki aliran DLP dan meneruskannya sehingga Tingkatan 5.

“Di peringkat menengah atas, inisiatif ini akan melibatkan langkah penting apabila mata pelajaran sains tulen utama, iaitu Biologi, Kimia, Fizik serta Matematik Tambahan akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata program itu terus menjadi antara strategi utama untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sarawak dengan mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membantu menyediakan pelajar supaya lebih kompetitif dan lebih bersedia menghadapi masa depan.

“Ini amat penting terutamanya ketika kita berusaha meningkatkan penyertaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta melahirkan siswazah berkualiti dalam kalangan anak Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, program DLP Sarawak mewajibkan semua sekolah kebangsaan di Sarawak mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, termasuk Ujian Penilaian DLP (UP-DLP), iaitu satu penilaian untuk mengukur prestasi pelajar dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. – Bernama.

Continue Reading

Previous: DUN: Pendidikan percuma Sarawak tidak dapat diperluas ke Unimas dan UiTM
Next: Mahasiswa Sarawak timba pengalaman legislasi melalui lawatan akademik ke Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.