Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wilfred Yap nasihat DAP selepas kekalahan PRN Sabah
  • SEMASA

Wilfred Yap nasihat DAP selepas kekalahan PRN Sabah

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, memberi respons terhadap kenyataan terbaru pemimpin Sarawak Pakatan Harapan dan DAP berikutan kekalahan mereka di kesemua lapan kerusi bandar yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kota Sentosa berkata, gesaan pembangkang memohon maaf kepada pengundi hanya mengukuhkan realiti bahawa DAP berulang kali gagal menunaikan janji, terutama di kawasan bandar bermajoriti Cina.

Tambah beliau, permohonan maaf selepas pilihan raya mungkin rendah hati, tetapi tidak mengubah kekecewaan pengundi.

Beliau menekankan bahawa masalah utama bukan terletak pada komunikasi atau mesej kreatif seperti yang didakwa pemimpin DAP tetapi pada prestasi sebenar.

Menurutnya, walaupun DAP memegang empat puluh kerusi Parlimen dan merupakan sebahagian besar daripada Kerajaan Persekutuan, parti itu masih gagal mempengaruhi dasar negara atau menangani isu yang menjejaskan rakyat biasa.

Yap berkata, jika parti dengan bilangan Ahli Parlimen sebegitu besar masih tidak dapat membentuk atau mempertahankan dasar penting bagi rakyat, terutamanya masyarakat Cina, ia menunjukkan kekurangan kekuatan dan keberkesanan politik parti tersebut.

Yap menekankan bahawa rakyat Sarawak mesti mengiktiraf apa yang benar-benar berkesan untuk negeri ini. Hanya SUPP, sebagai sebahagian daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang berkesan,” tambahnya. 

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak Peruntuk RM403.25 juta bangunkan 15 taman perindustrian, 15 anjung usahawan
Next: Beberapa ADUN Sabah dilihat memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.