Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan motosikal berhampiran Kem Belia Pueh
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan motosikal berhampiran Kem Belia Pueh

Utusan Sarawak 5 hours ago
Kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

KUCHING: Ketua Polis Daerah Lundu, Supt Sudirman Kram mengesahkan seorang lelaki berusia 24 tahun dari Kampung Pueh maut dalam kemalangan motosikal awal pagi tadi berhampiran Kem Belia Pueh.

Sudirman berkata kemalangan berlaku sekitar 7.22 pagi di Kem Belia Pueh, Kampung Pueh, sepanjang jalan Lundu ke Telok Melano.

Menurut maklumat awal saksi, mangsa sedang dalam perjalanan dari Kem Belia Pueh menuju ke rumahnya di Kampung Pueh apabila tiba-tiba hilang kawalan motosikal.

Motosikal tersebut melanggar sebatang pokok sebelum terjatuh ke dalam longkang, manakala mangsa rebah di tepi jalan.

“Petugas perubatan di lokasi mengesahkan penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala dan muka,” katanya.

Mangsa berusia 24 tahun itu telah dibawa ke bilik mayat Hospital Lundu untuk bedah siasat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang basikal maut kemalangan di Jalan Tanjung Belipat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.