IPD Lawas laksana lawatan kebajikan, santuni pesara PDRM dan serahkan Sijil PJPN

Facebook
WhatsApp
SANTUNI BALU… (ketiga kanan) DSP Liong Tindan mengetuai sendiri lawatan kebajikan dan menyantuni pesara PDRM serta penyampaian Sijil Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat kepada pesara.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melaksanakan lawatan kebajikan dan menyantuni pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menyerahkan Sijil Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)secara tidak rasmi kepada mereka.

Lawatan pertama dilakukan ke atas isteri dan keluarga pesara Allayarham Kpl/S Taha @ Awg Taha Duraman di kediaman waris, diikuti dengan lawatan ke atas.

ERAT HUBUNGAN… DSP Liong Tindan ketika menyantuni pesara polis Sjn (B) Perry Banging sambil bercerita perkembangan PDRM sejak dahulu dan sekarang.  

Program tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, bersama pegawai dan anggota IPD Lawas, yang turut menyampaikan sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan PDRM Lawas.

Ia bertujuan menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan, dan sumbangan pesara sepanjang berkhidmat dalam PDRM, sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan agar semua pesara polis diberikan perhatian dan penghormatan.

Oleh Adeng Edrus