Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • LCDA rangkul pengiktirafan inisiatif komuniti di ACES Awards 2025
  • INSPIRASI

LCDA rangkul pengiktirafan inisiatif komuniti di ACES Awards 2025

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Pegawai Operasi LCDA Holdings Sdn Bhd, Kusyairi Bostani, hadir menerima anugerah tersebut pada Malam Gala ACES. Foto LCDA

BALI: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sekali lagi mengharumkan nama Sarawak apabila meraih Anugerah Inisiatif Komuniti atau ‘Community Initiative Award’ pada ‘Asia Corporate Excellence and Sustainability (ACES) Awards 2025’ yang berlangsung di Intercontinental Hotel Jimbaran, Bali.

Anugerah serantau anjuran MORS Group itu menerima lebih 800 penyertaan dari seluruh Asia, merangkumi pelbagai kategori termasuk Inisiatif Komuniti.

Ketua Pegawai Operasi LCDA Holdings Sdn Bhd, Kusyairi Bostani, hadir menerima anugerah tersebut pada Malam Gala ACES. Beliau diiringi Pengurus Kanan LCDA, Saiful Bahari Amra Ramly serta pegawai Nur Farahasheela Bohari, Kustino Satiman dan Kimberly Dickson.

Kehadiran delegasi itu mencerminkan komitmen LCDA terhadap pembangunan berterusan, perkongsian pengetahuan dan penglibatan di peringkat antarabangsa.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ketua Perunding dan Rakan Kongsi Aubrens, Dr Jayanthi Desan dan Timbalan Menteri Pelancongan Republik Indonesia, Ni Luh Puspa turut hadir sebagai tetamu kehormat majlis tersebut.

Pengiktirafan ini menonjolkan usaha gigih kerajaan Sarawak dan LCDA dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan mampan, pemerkasaan sosioekonomi dan penglibatan menyeluruh bersama pemegang taruh.

Bagi penyertaan tahun ini, LCDA mengetengahkan Projek Pembangunan Semula Darul Hana, inisiatif utama yang menekankan penglibatan inklusif serta memberi impak jangka panjang sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

Ini merupakan pengiktirafan ketiga dalam bidang pembangunan komuniti yang diterima LCDA sejak 2023, susulan kejayaan merangkul ‘GLC of the Year – Community at Heart Award pada Sustainability and CSR Malaysia Awards 2023’ di Kuala Lumpur dan ‘Corporate Excellence in Community Development for Sustainability 2023 Award’ di IBR Borneo Awards 2023 di Kuching.

LCDA menyifatkan penghargaan tersebut sebagai dorongan penting dalam meneruskan kecemerlangan, kelestarian dan pembangunan komuniti secara transformasi di negeri ini dan rantau Asia.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Bella Astillah antara wanita inspirasi terima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.